Blogger Layouts
Blinking Onion Kun

Tuesday, 22 November 2011

cheese cake

fuhhh..marvellous..rupanya..cheese cake tok nang pebret ku..pantang jmpa resipinya,mst tringin mok try..tok cgek resipi ku tgga mcm simple jak.dpt dr blog i love islam..hehe.wahh..tgu blt umah tok..wajib try test tok..hehhe..yummyyy..2..xsbr tgu blt umah..


Bahan-bahan kek :
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 x 250g philadelphia cream cheese
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu besar jus perahan lemon 
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh serbuk baking powder
Bahan-Bahan crumble / thin crust di bawah kek:
  • 5 sudu besar butter (dicairkan)
  • Biskut marie perisa coklat (setengah peket) 
Cara masakan untuk kek :
01.Masukkan cream cheese, tepung, telur, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Pukul adunan sehingga kembang dan sebati.
02.Setelah adunan kembang dan sebati, masukkan perahan jus lemon, serbuk baking powder dan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul lagi adunan.   
03.Kemudian biarkan adunan seketika dan mula membuat crumble kek. Hancur kan biskut marie, gaulkan dengan butter yang telah dicairkan kemudian padatkan diatas loyang (tekan-tekan sampai leper dan padat)
04.Kemudian tuangkan acuan cheese cake keatas adunan crumble ini (didalam loyang)
05.Bakar adunan di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam masa 40-50 minit. Saya nasihatkan anda check keadaan kek sebaik sahaja 40 minit berlalu. Cuba cucuk dengan garfu atau lidi satay. Sekiranya masih ada sisa-sisa kek terlekat di lidi atau garfu tersebut, tambahkan lagi masa pembakaran selama 10 minit.
p/s: Kalau nak buat oreo cheese cake pula tukar kan perahan jus lemon tersebut kepada sebungkus biskut oreo yang telah dihancur hancurkan menjadi seperti serbuk (buang krim).




No comments:

Post a Comment